on Wednesday, 12 September 2012
Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti Sehari Bersama Fakulti (SBF) sudah menjadi satu tradisi untuk pelajar baru FSKTM. Tahun ini SBF akan diadakan pada 23 September 2012 iaitu pada hari Ahad. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar tahun satu dan beberapa pelajar senior sebagai fasilitator. 


Kami mengharapkan semua pelajar tahun satu dapat memberi sokongan pada aktiviti ini dengan menghadiri SBF ini. Pelbagai aktiviti menarik akan dilangsungkan sepanjang program. Dengan program SBF ini juga diharapkan dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra antara pelajar lama dan pelajar baru. 


on Friday, 7 September 2012

Dikesempatan ini kami dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer sesi 2012/2013 ingin mengalu-alukan kedatangan pelajar tahun satu ambilan 2012/2013 sebagai ahli baru FSKTM. Selain itu, kami juga mengucapkan selamat kembali kepada semua pelajar FSKTM unutk sesi baru ini. Semoga kita sama-sama dapat menjadi pelajar yang lebih cemerlang untuk sesi kali ini.
on Monday, 3 September 2012
Rekaan T-shirt yang menjadi pilihan untuk FSKTM UPM sesi 2012/2013. Rekaan kali ini bertema inovasi dengan tema "Innovate For A Better Future". Tempahan untuk t-shirt ini akan dibuka pada minggu pertama semester bermula. Kaunter akan dibuka di foyer fakulti. Sekiranya tamat tarikh untuk tempahan, pelajar digalakkan untuk membuat tempahan secara pukal iaitu lebih dari 10. Harga untuk sehelai t-shirt adalah RM25. 




Aktiviti pertama PMFSKTM sesi 2012/2013. Walaupun kurang mendapat sambutan dari pelajar FSKTM, tapi ada juga beberapa pelajar mencuba nasib dengan menghantar design mereka terutamanya dari pelajar baru ambilan 2012/2013.