Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti Sehari Bersama Fakulti (SBF) sudah menjadi satu tradisi untuk pelajar baru FSKTM. Tahun ini SBF akan diadakan pada 23 September 2012 iaitu pada hari Ahad. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar tahun satu dan beberapa pelajar senior sebagai fasilitator.
Kami mengharapkan semua pelajar tahun satu dapat memberi sokongan pada aktiviti ini dengan menghadiri SBF ini. Pelbagai aktiviti menarik akan dilangsungkan sepanjang program. Dengan program SBF ini juga diharapkan dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra antara pelajar lama dan pelajar baru.
0 comments:
Post a Comment